Jumaat, 9 Mac 2012







Kisah Cinta Dari Masjid At-taubah
SUATU SIANG, di hari Juma’at, seorang khatib di masjid  As-salam , hay El-Ashir, Cairo dalam khutbahnya menuturkan sebuah kisah yang indah. Kisah yang juga pernah ditulis oleh Syeikh Ali Ath-thantawi dalam sebuah tulisannya:
   “Kisah ini terjadi di kota damaskus, Syiria. Di kota yang pernah menjadi ibu kota Daulah Umawiyah ini terdapat sebuah masjid besar yang di beri nama masjid Jami’At-Taubah. Masjid ini adalah masjid yang membawa keberkatan. Diberi name dengan At-taubah , kerana konon sebelumnya adalah tempat hiburan, tempat di langsung kannya berbagai aktiviti kemaksiatan. Kemudian ada seorang sultan pada abad yang ke-17 hijriyyah yang membelinya dan menghancurkan tempat tersebut. Setelah itu ia di gantikan sebuah masjid di atasnya. Dan saat ini daerah ini dikenali dengan daerah masjid jami’At-Taubah.
 “Di masjid ini ,tinggal seorang pendidik yang sangat alim yang bername Syeikh Sulaim As-suyuthi. Kira-kira hampir tujuh puluh tahun ia tinggal di masjid itu. Para penduduk di sekitar masjid sangat mempercayainya. Kepada beliaulah, mereka sentiasa mengemukakan pelbagai permasalahan agama dan dunia. Mereka sangat menghormati syeikh itu. kezuhudannya sangat masyhur. Kerana kezuhudannya itulah ia di percayai.
 Kisah ini adalah tentang masa muda syeikh Sulaim. Waktu muda ia tinggal di salah satu ruangan masjid. Seringkali ia melalui hari tanpa ada makanan sedikit pun, ataupun sekeping wang untuk membeli makanan. Dalam kelaparan yang amat sangat, seringkali ia merasakan kematian seakan-akan berada di hadapan mata. Ia menganggapnya sebagai ujian. Ia bersabar dan akhirnya selalu saja ade sedikit makanan untuk ia makan.
 Suatu hari ketika ia menemui keadaan kelaparan yang amat sangat, Ia tidak mungkin terus hidup lagi kecuali dengan terpaksa  harus makan apa sahaja. Kerana sudah berhari-hari ia tidak makan. Sehingge kalau dalam ilmu Fiqah sudah sampai tahap diperbolehkan makan bangkai atau mencuri. Sekadar untuk mengalas perut sulaim muda memilih untuk mencuri segenggam makanan sekadar untuk menguatkan tubuhnya.
 Di dalam masjid ia tinggal bersama seorang syeikh, Yaitu guru nya. Ia malu untuk memintak sesuatu pada gurunya. Sebelum asar ia keluar dari masjid, dalam hati ia terdetik jika di tepi jalan ada yang memberi makanan tanpa dia memintak alhamdulillah. Jika tidak dengan terpaksa harus dye mencuri mungkin di pasar.
 Masjis At-Taubah tersebut berada di sebuah perkampongan tradisional. Rumah penduduknya kotak-kotak rapat antara satu sama lain. Atapnya pulak menyambung antara satu sama lain, sehingge jika berjalan keatasnya dri rumah yang pertama sehingga ke hujung kampong tanpa perlu turun darinya.
 Ia melihat umah-umah itu. Terbit satu idea untuk naik keatas umah itu. Siapa tahu ada makanan yang dijemur di atas umah. Dalam keadaan lapar yang tidak tertahan lagi, ia naik ke atas atap masjid dan akan berpindah ke rumah yang berada di sampingnya. Ia melihat sebuah rumah yang kosong tanpa penghuni di samping nya. Ia melangkah ke atap umah itu. Ia mencium bau masakan yang membuatkan air liurnya keluar dan perutnya semakin bertambah melilit-lilit. Dorongan nafsu perutnya begitu kuat sehingga ia tidak kuat untuk tidak turun. Dengan dua kali lompatan ia telah berada di lantai rumah tersebut dan segera menuju ke dapur. Ia membukak penutup makanan dan melihat ada beberapa terong yang baru sahaja di rebus. Terong itu di lengkapi dengan sambal khas masakan mesir. Kerana rasa lapar yang amat sangat ia terus angkat salah satu terong itu tanpa peduli lagi kepanasannya. Ia mulai menggigit dan memamah terong tersebut. Namun ketika hendak menelannya, nalurinya terdetik. Ia berkata pada dirinya:
 “astagfirullah. A’udzubillahi minasy syaithanir rajim.
Aku mencuri? Aku mencuri? Mana iman aku?  Mana iman aku? Aku berlindung kepada Allah. Bagaimana mungkin ini terjadi? Aku adalah seorang mu’adzzin di masjid. Seorang penuntut ilmu. Murid kepada seorang ulamak besar, tapi berani masuk ke rumah orang lain tanpa izin dan mencuri? Astagfirullah. Ini tidak bolah terjadi.”
Ia terus megeluarkan semula terong yg berada dalam mulutnya. Dan selebihnya ia letak kembali ketempat asal. Air matanya mula gugur ia rasa seperti telah melakaukan dosa besar. Ia menyesal. Ia kembali ke masjid sambil menehan kesedihan kerana tindakan yang ia anggap sebagai tak termaaf. Ia terus ber istighfar.
 Selepas solat asar ia duduk mengikuti pengajian syeikh di masjid. Namun fikirannya masih pada terong yang ia mamah. Sementara rasa laparnya semakin menjadi-jadi. Dua hal itu menyebabkan ia sama sekali tidak tahu apa yang di ajarkan oleh gurunya.
Selepas pengajian tamat semua orang pun beredar. Tinggal lah ia berdua dengan gurunya. Tetibe datanglah seorang wanita dengan memakai penutup muka. Wanita itu berkata kepada syeikh dengan ucapan yang sedikit pun ia tidak mendengarnya. Setelah itu syeikh itu melihat di sekelilingnya. Sebelum melihat ke arah dirinya. Syeikh memanggilnya dan bertanya:
“ Apakah kamu sudah menikah?
 “belum,” jawabnya
Syeikh bertanya lagi: “ Apakah kamu mahu menikah?’’,
Ia terdiam. Perutnya semakin pedih. Ia tidak memikirkan nikah tapi memikirkan nasib perutnya yang sudah beberapa hari tidak memasuki makanan.
Syeikh bertanya lagi dengan suara yang lebih tegas: “Apakah kamu mahu menikah?”,
Ia merasakan ada kesungguhan dalam pertanyaan gurunya itu. Lalu ia menjawab: “ Guru Demi Allah , untuk membeli sekeping roti pun saya tidak mampu, bagaimana saya ingin menikah?!”
Guru itu tersenyum lalu berkata: “ Wanita ini baru sahaja cerita kepadaku bahawa suami dia baru sahaja meninggal dunia. Masa iddahnya pun sudah habis. Dan dia adalah seorang pendatang di kota ini. Ia tidak memiliki siapa-siapa di dunia ini melainkan seorang pakcik yang sudah tua dan miskin yang datang di sini bersamanya.
Itu dia pakciknya.” Syeikh menunjuk kepada seorang yang duduk agak jauh dari wanita itu. Syeikh melanjut penjelasannya: “ Wanita ini mewarisi rumah suaminya berserta hartanya. Ia ingin mendapatkan suami lagi yang menikahinya sesui sunnah Rasullullah s.a.w agar ia tidak sendirian lagi sehingga menutup kesempatan mereka yang mempuyai niat jahat.
Apakah kamu mahu menikahinya?”
Ia menjawab: “ Insya Allah, saya mahu. Tapi saya tidak punyai maharnya, Guru.”
Syeikh tersenyum dan berkata: “ soal mahar mudah.”
“ Apakah kamu menerimanya sebagai suami kamu?” Tanya Syeikh kepada wanita tersebut.
 “ya, saya menerima.” Jawab wanita itu.
Syeikh terus memanggil pakcik wanita itu ,dua orang saksi dan melaksanakan aqad nikah serta memberi mahar untuk muridnya.
Syeikh berkata: “Sekarang peganglah tangan isterimu.”
Kemudian keduanya saling berpegangan tangan dan wanita itu membawanya kerumahnya. Sesampainya di rumah, wanita itu membukak penutup muka dan kepalanya. Ia terkejut kerana isterinya itu sungguh cantik. Wajah isterinya itu putih bersinar. Ia semakin terkejut ketika tahu bahawa umah yang dia berada sekarang adalah umah tadi dia masuki.
 “apakah kanda sudah makan siang?” tanya wanita itu kepadanya.
“belum ,” Jawabnya.
“Kalau begitu mari kita ke dapur makan!” wanita itu menariknya ke dapur. Sampai di dapur ia membuka penutup makanan dan terkejut dengan apa yang dilihatnya. Wanita itu berkata:
  “Menghairankan. Siapa yang memasuki rumah ini dan menggigit terong ini!
Mendengar hal itu , lelaki tadi menangis dan ia mulai menceritakan apa yang terjadi. Ia mintak maaf. Wanita itu pun menangis mendengar cerita suaminya. Dengan terisak-isak wanita itu berkata:
“kau lulus ujian, suami ku. Kamu menjaga diri mu dari mengambil buah terong secara haram. Sebagai gantinya Allah memberikanmu terong ini semuanya. Bahkan pemilik terongnya dan seisi rumahnya secara halal.”
  Sejak itu ia tinggal bersama seorang isteri yang solehah, cantik dan cerdas. Dengan hartanya ia giat menuntut ilmu dari ramai ulamak terkemuka sampai menjadi sorang ulama besar.

                                    Sekian .

sumber: Dari buku yang bertajuk " Di atas  Sejadah Cinta"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan